,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday 15 November 2013

AMUKAN MELAYU - MASIH BERBAKIKAH UMAT ISLAMELAYU DI MALAYSIA NI SELEPAS UMNO DI KAFIRKAN DAN PENYOKONG KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN DI GEREJA DI KUFURKAN?





Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din




KLIA, JUMAAT 11 Muharram 1435 = 15hb November 2013. ISSU Kalimah ALLAH tak habis lagi. Kristian Malaysia dah membuat rayuan ke Mahkamah selepas kekalahan pertama mereka. Mereka bersatu dengan KALIMAH ALLAH, sedangkan kita berpecah dengan KALIMAH ALLAH. Walau pun mereka kalah di pusingan Petama di Mahkamah, tapi lambakan Allah Bapa, Allah Anak dan Roh Khudus bersepah di muat naik di dalam Internet. 

Bagaimana kedudukan mereka (Orang Islam) yang menyokong Pihak Gereja ni? Apakah benar mereka ini Orang-orang yang KUFUR seperti yang di hukum oleh Al-Fadhil Tok Guru Dato' Harun Din? Menurut laporan yang di keluarkan MStar Online yang diperolehi dari sumber.  

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.
Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.
"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.
Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.
"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.
Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.
"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.
Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.

Ambillah peringatan Allah Taala dalam al-Quran seperti berikut:

“Orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". [Surah al-Baqarah: 120] 
Islamelayu perlukan Ulamak-Ulamak seperti Haron Din, Harun Taib, Taib Azamudden dan Nasharuddin Mat Isa! Inilah pemimpin PAS yang tulen! Kembalikan PAS kepada landasan asal. Biar kalah asalkan jangan tergadai Islam dan prinsip Islam. Sokong dan selalu berdiri teguh untuk mana mana sahaja pemimpin yang akan membawa kepada perpaduan ,kesejahteraan dan kebaikan untuk ummah.


 


MENGAPA KUFUR?

Nama Tuhan dalam Bible – Elohim, Eli, Eloi

BERBALIK kepada isu nama ketuhanan, maka sudah tentu kalau kita mahu menemui nama ketuhanan Kristian, kita wajib merujuk kitab asal dalam bahasa Ibrani. Adalah tidak logik jika kita merujuk kepada terjemahan Greek, Inggeris, Arab, apatah lagi terjemahan Melayu-Indonesia kerana itu bukan kitab asal.

Di dalam Kitab Perjanjian Lama berbahasa Ibrani, nama Tuhan mereka (saya rujuk versi yang tulisannya dalam huruf Romani bukan tulisan asal Ibrani) disebut sebagai YHWH, tanpa vowel kerana bahasa Ibrani dikatakan tiada mengandungi vowel.

Namun mereka dilarang menyebut nama tersebut berdasarkan terjemahan ayat Lev, 24:16 yang menyebut “He that names the name Yahweh shall surely be put to death”. Sesiapa yang menyebut nama YHWH pasti akan dihukum mati!

Maka mereka seboleh-bolehnya mengelak menyebut nama tersebut. Sebaliknya mereka menyebutnya dengan ganti nama seperti Eli, Eloi, Adonai atau Elohim dan lain-lain.
Kalau kita melihat Kitab Perjanjian Lama yang asal dalam bahasa Ibrani, Tuhan yang menjadi sembahan orang Kristian disebut Elohim (atau Eli atau Eloi). Dan inskripsi zabad yang diguna untuk terjemahan ke bahasa Arab menterjemahkan Elohim sebagai Ilah.

Perkataan Elohim juga diterjemah ke dalam bahasa Kristian Maluku sebagai Tete Manis, Dayak sebagai Jubata, Filipina sebagai Diyos, Bali sebagai Sang Hyang Widi, Yunani sebagai Theos, dan di Eropah dan Amerika sebagai God.

Apa yang lebih menarik ialah apabila tercetus kontroversi lagu nyanyian Agnes Monica berjudul Allah Peduli yang mengguna pakai kalimah Allah sebagai Tuhan Jesus dalam lirik “sebab Allah Yesus ku mengerti”, maka Yayasan Lentera Bangsa (sebuah pertubuhan Kristian Indonesia) telah menerbitkan Bible versi baharu dipanggil Kitab Suci Indonesia Literal Translation (KS-ILT) yang menggugurkan penggunaan kalimah Allah, sebaliknya digantikan dengan kalimah Elohim.
(sila rujuk www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 1).

NAMA TUHAN DALAM BIBLE – JESUS
Nama Jesus yang selalu kita dengar digunakan oleh orang Kristian adalah nama yang dikatakan manifestasi Tuhan, atau Son of God, Anak Tuhan. Sebenarnya nama Jesus dalam bahasa Ibrani yang menggunakan huruf Romani ditulis sebagai Yeshua – bermaksud “Penyelamat” atau “Pembawa risalah”.

Ia diterjemahkan sebagai “Ieosus” dalam bahasa Greek, kemudian diterjemah sebagai “Yesus” dalam bahasa Inggeris lama, kemudian menjadi “Jesus” dalam bahasa Inggeris moden.
Dalam Islam, Jesus disebut dengan panggilan ‘Isa Al Masih, atau Ibnu Maryam, dan Baginda dianggap sebagai salah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah, bukannya anak Allah!
Mungkin kita boleh bertanya soalan seperti berikut: Adakah Nabi ‘Isa atau Yeshua akan menyahut sekiranya dia hidup kembali dan dipanggil orang dengan nama Jesus?

Kita sendiri pun tahu jawapannya yang cukup jelas, iaitu sudah pasti tidak – kerana nama Jesus bukan namanya. Sama seperti nama Abu Bakar dalam bahasa Melayu, jika ditukar menjadi Ash Burn pasti tidak akan disahut oleh Abu Bakar jika dipanggil dengan nama sedemikian; kerana Ash Burn bukan namanya! Atau kita memanggil Tiger Wood dengan nama Rimau Kayu. Pasti beliau sendiri tidak akan mengenali nama Rimau Kayu!

Dan bertambah mengelirukan saya ialah apabila membaca Matthew 27:46 apabila Yeshua dicatat sebagai berkata (semasa di atas salib menanti saat kematian) “Eli Eli lama sabachthani” yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris seperti berikut: “My God my God, why have you forsaken me”; dan dalam Mark 15:34 dicatat pula Yeshua berkata (juga semasa di atas salib) “Eloi Eloi lama sabachthani?” yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris moden seperti berikut: “My God my God, why have you forsaken me?”

Sepatutnya terjemahan yang tepat bagi ayat-ayat ini berdasarkan versi bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu-Indonesia ialah “Tuhanku Tuhanku, mengapa Engkau meninggalkan aku”.
Tetapi apa berlaku adalah sebaliknya. Terjemahan dalam Bible Al-Kitab versi Melayu-Indonesia disebut sebagai “Ya Allah-ku, Ya Allah-ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku”.
Persoalannya, mengapa mereka memilih untuk menggunakan kalimah Allah sebagai ganti nama God, sedangkan ganti nama yang lebih tepat ialah “Tuhan”?

DI ANTARA GANTI NAMA ‘ALLAH’ DAN ‘TUHAN’
Selanjutnya jika kita membaca terjemahan Bible bahasa Inggeris mahupun Melayu-Indonesia, Cina mahupun Tamil, kita akan dapati mereka banyak menyebut nama Tuhan dalam bentuk deskriptif, bukan substantif atau nama khas.

Contohnya mereka akan menyebut God The Father, The Son and The Holy Spirit. Dalam terjemahan bahasa Melayu-Indonesia versi Al-Kitab disebut sebagai Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Ruh Kudus. Sepatutnya terjemahan yang lebih tepat ialah Tuhan Bapa, Tuhan Putera dan Tuhan Ruh Kudus, iaitu dengan menggunakan ganti nama “Tuhan” bukan “Allah”!
Sedangkan dalam bahasa Cina ia disebut sebagai Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling. Manakala dalam bahasa Tamil disebut sebagai Suthan, JesaPa dan Parisutha.

Jelas daripada deskriptif ketuhanan di atas, kalimah Allah tidak digunakan dalam semua bahasa yang disebut termasuk bahasa Cina mahupun Tamil walaupun ia merujuk kepada perkara yang sama! Hanya dalam versi terjemahan bahasa Melayu-Indonesia kalimah Allah digunakan!
Persoalannya ialah: MENGAPA?

Sedangkan perkataan God atau Sheng dalam bahasa Cina kalau diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermakna Tuhan. Jadi timbul persoalan, mengapa Kristian di Malaysia berkeras mahu menggunakan kalimah Allah sebagai ganti nama God atau Sheng di dalam Bible terjemahan bahasa Melayu; sedangkan terjemahan yang lebih tepat ialah ‘Tuhan’?

AGENDA TERSIRAT GERAKAN KRISTIANISASI
Adakah mereka mempunyai maksud atau agenda yang tersirat?
Jawapannya boleh kita lihat dalam pendedahan mereka sendiri di dalam majalah Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka memahami siapa Christ! Jika kalimah Allah tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”.

(sila rujuk www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).
Itulah respons dan komentar oleh majalah Kristian Christianity Today (terbitan Julai 2009) apabila Majlis Agama Islam Selangor pada Mac 2009 mengharamkan lagu nyanyian Agnes Monica yang menyalahgunakan kalimah Allah!.

Adalah jelas penyanyi dari Indonesia ini yang membawa lagu bertajuk “Allah Peduli” bermaksud Tuhan Kristianiti dalam bentuk trinity apabila dengan jelas pada rangkap akhir menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, segala persoalan yang kita hadapi, tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, sebab Allah Yesus ku mengerti”.

Dalam menjalankan dakyah dan strategi missionari mereka, strategi gerakan Kristianisasi global adalah untuk membuatkan umat Islam supaya tidak berasa janggal apabila membaca bahan-bahan bacaan Kristian termasuk Bible.

Ini bermakna penggunaan kalimah Allah bukan bermaksud nama ketuhanan penganut Kristian, tetapi adalah usaha strategik dakyah mereka untuk memperdaya umat Islam untuk mengenali dan akhirnya nanti mempercayai Allah adalah ketuhanan Kristian Jesus Christ, bukan Allah Maha Esa, na’uzubillah!

Sebab itu nama Bible ditukar menjadi Al-Kitab. Sebab itu mereka menggunakan kalimah Allah. Sebab itu sermon mereka ditukar menjadi khutbah dan ada yang disampaikan dalam bahasa Melayu. Dan mutakhir di sebuah negara jiran, mereka dikatakan merancang menukar hari sembahan mereka ke hari Jumaat sesuai dengan hari Jumaat sebagai saiyyidul ayyam, penghulu segala hari bagi umat Islam termasuk hari solat fardu Jumaat didirikan!

Tidakkah ini semuanya akan mengelirukan; kelak nanti sudah tidak ada beza semantik dan bahasa antara Islam dan Kristian; kelak nanti tidak akan ada beza semantik kalimah Allah dalam Islam dan Kristian. Maka mudahlah untuk mereka menjadi caleb – menyusup masuk dan menusuk jarum-jarum halus dakyah mereka kepada kalangan umat Islam.
Akhirnya daripada isu linguistik dan semantik, ia akan berubah menjadi krisis akidah!

CONTOH-CONTOH SALAH GUNA KALIMAH ALLAH
Akhir sekali, mari kita lihat bagaimana contoh-contoh kalimah Allah yang telah disalahgunakan untuk membawa maksud syirik, bahawa kalimah Allah itu adalah Tuhan Triniti – Tuhan Tiga Dalam Satu iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Ruh Kudus.

1. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 197 ayat 25-27) “Akulah yang memberi hidup dan membangkitkan orang mati”, kata Yesus kepada Marta. “Orang yang percaya kepada-Ku akan hidup, walaupun ia sudah mati. Dan orang hidup yang percaya pada Ku, selama-lamanya tidak akan mati. Percayakah engkau akan hal itu.

“Tuhan,” jawab Marta, “saya percaya Tuhan Anak Allah, Raja Penyelamat yang akan datang ke dunia ini”.

2. Disebut alam terjemahan Al Kitab (ms 379 ayat 9) “jika Peti Perjanjian itu dibawa ke arah negerinya sendiri, iaitu Bet-Semes, itu bererti bahawa Allah orang Israellah yang telah mendatangkan celaka yang hebat itu kepada kita. Tetapi jika pedati itu tidak menuju ke sana, kita akan tahu bahawa musibah itu bukan dari Allah Israel, melainkan kebetulan saja”;

3. Disebut dalam terjemahan Al Kitab (ms 246 ayat 13) “hormatilah Tuhan, Allahmu, dan berbaktilah kepada Dia sahaja, dan bila kamu bersumpah, lakukanlah demi nama-Nya saja”
;
4. Lafaz dalam upacara baptis berbunyi “saya membaptiskan kamu dengan atas nama Allah Bapa, dengan atas nama Allah Putera dan dengan atas nama Allah Ruh Kudus”;

5. Risalah menyebut “Rencana Allah untuk menyelamatkan kita daripada dosa ialah dengan mengutus Anaknya Yang Tunggal”;

6. Risalah menyebut “Yesus adalah Allah dalam bentuk manusia”;
7. Risalah bertajuk “Allah Pilih Pemimpin” menceritakan ketuhanan triniti;
8. Risalah bertajuk “Firman Allah Hidup” menceritakan tentang bible;
9. Risalah bertajuk “Jalan Kepada Allah” menceritakan tentang pengutusan Jesus;
10. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Katolik Santa Maria Bonda Allah;
11. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Kristus Domba Allah;
12. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Sidang Jemaat Allah;
13. Nama sebuah gereja iaitu Gereja Allah Itu Kasih;
14. Tajuk lagu Allah Peduli dengan lirik menyebut “Allah mengerti, Allah peduli, Segala persoalan yang kita hadapi, Tak akan pernah dibiarkannya, ku bergumul sendiri, Sebab Allah Yesus ku mengerti” nyanyian Agnes Monica;

15. Tajuk lagu Harapan Bangsa dengan lirik menyebut “Bapa engkaulah harapan negara ini, Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia, Yesus engkaulah harapan segala bangsa, Nyatakanlah kebenaran mu” nyanyian Jaclyn Victor;

Satu persoalan fundamental yang saya mahu lontarkan ialah; apakah makna ayat-ayat di atas akan berubah jika kalimah Allah yang disalahgunakan dalam contoh-contoh tersebut ditukar dengan terjemahan yang lebih tepat iaitu perkataan “Tuhan”?
Jawapannya jelas iaitu Tidak! Tidak! Tidak!

Malahan penggunaan perkataan “Tuhan” adalah lebih tepat dari segi terjemahan dalam bahasa Melayu, bukannya ‘Allah’!
Sebab itu saya merumuskan bahawa cubaan dan usaha gigih penganut Kristian termasuk pihak gereja beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah sangatlah mencurigakan! Apakah sebenarnya niat mereka?

Sedangkan bagi umat Islam, kalimah Allah itu adalah kalimah tauhid, membabitkan asas akidah. Ini jelas daripada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008.
Dan Alhamdulillah fatwa tersebut dipersetujui oleh Majlis Syura Pas yang mengeluarkan pendapat pada 13 Januari 2013 menyatakan pendirian bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan untuk tujuan dan maksud yang difahami Islam. Pendirian ini sebenarnya senada dengan pendirian Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menyatakan sesiapa yang membenarkan atau bersetuju untuk Kristian menggunakan kalimah Allah maka itu adalah satu perbuatan syirik, na’uzubillah!

Pendirian ini sekali gus menyanggah pendirian Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan pendirian Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang membuat pendirian pada 8 Januari 2013 yang bersetuju dengan tuntutan Lim Guan Eng yang dibuat pada 25 Disember 2012 supaya Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah!

Bagi umat Islam, isu kalimah Allah adalah persoalan akidah. Dan kita tidak akan berkompromi walau sebesar zarah sekalipun dalam isu ini. Jika dalam mempertahankan kalimah Allah kita dilabel ekstremis, maka kita rela digelar ekstremis daripada menjadi peliwat akidah.
Jika membela kalimah Allah kita dilabel jumud, maka lebih baik manusia menggelar kita jumud daripada ditempelak Allah sebagai pengamal syirik!

PENUTUP
Allah SWT telah berpesan kepada kita bahawa Yahudi dan Kristian tidak akan reda dengan kita umat Islam selagi tidak mahu mengikut kemahuan mereka. Akan ada dalam kalangan mereka yang akan berusaha cuba memperdaya kita untuk akhirnya mempercayai Jesus itu adalah anak Allah. Dan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Al-Kitab versi Melayu-Indonesia adalah usaha strategik ke arah itu sebagaimana yang diakui sendiri oleh mereka.

Dan Allah telah berpesan kepada kita dalam apa keadaan sekalipun, berpeganglah kepada al-Quran, kerana ia petunjuk yang haq dan benar.

Dan Allah menegaskan dengan jelas bahawa setelah beribu-ribu tahun kalimah Allah telah disyirikkan sama ada sebagai mempunyai anak (seperti dakwaan Yahudi mengakui Uzair anak Allah atau Kristian mengakui Isa anak Allah atau Musyrikin Mekah mengakui Latta wal Uzza sebagai sekutu Allah), maka akhirnya Allah menurunkan penegasan muktamad melalui Nabi Muhammad SAW dalam surah Al-Ikhlas:

“Katakan wahai Muhammad bahawa Allah itu Ahad-Satu. Semua makhluk bergantung padanya dan Ia tidak bergantung dengan sesiapa; Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan; Sesungguhnya Ia tidak sekufu dengan sesiapa dan tiada sekutu bagi-Nya!”

Jika kita berpegang kepada ketegasan al-Quran ini, kita akan sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan bantuan Allah. Jika kita ingkar dan menurut hawa nafsu kuffar ini, ingatlah amaran Allah bahawa Dia akan berlepas tangan daripada kita, dan tiada bantuan dan pertolongan daripada-Nya buat kita, na’uzubillah min zalik.

Dalam keadaan serangan bertubi-tubi gerakan Kristianisasi dalam isu kalimah Allah, dengan disokong oleh segelintir agamawan sesat dan politikus rakus dalam kalangan kita; marilah kita renung persoalan yang saya lontarkan dalam mukadimah terdahulu; adakah kita yakin apabila anak kita menyebut kalimah “La ila ha illallah – Tiada Tuhan melainkan Allah”, anak kita bermaksud Allah Hu Ahad – Allah Maha Esa, ataupun dia memahaminya sebagai Allah Triniti iaitu Allah Bapak, Allah Putera, Allah Ruh Kudus?
Tepok dada tanyalah iman masing-masing, wallahua’lam.

ADAKAH MEREKA INI ORANG-ORANG YANG KUFUR?




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini.

Hujah dan alasan Hadi Awang, Firman Allah SWT dalam Surah Al Imran, ayat 64 ...

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ (٦٤)
 

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun, dan kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling, maka katakanlah (kepada mereka). "Saksikanlah bahawa kami adalah orang muslim."
(Surah Ali Imran ayat 64)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa kalimah yang satu (satu kalimah) itu ialah kalimah tauhid atau kalimah tayyibah iaitu la ilaha illAllah [لا اله الا الله]. Abul 'Aliyah r.a. dan Mujahid r.a juga mengatakan bahawa kalimah yang satu (satu kalimah) itu ialah kalimah yang satu (satu kalimah) itu ia la ilaha illAllah [لا اله الا الله].

'Adiy Ibn Hatim meriwayatkan katanya: "Pada suatu ketika aku mengunjungi Nabi SAW sedangkan di leherku ada tanda salib yang diperbuat daripada emas. Lalu Baginda bersabda, "Lemparkanlah berhala ini daripada dirimu".

Kemudian aku mendengar baginda membaca sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: "Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah". Lalu aku bertanya kepadanya: "Wahai Rasulullah, mereka itu tidak menyembah mereka". Lalu sabdanya: "Bukankah mereka menghalalkan dan mengharamkan sesuatu kepada kamu? Lalu kata-kata mereka itukah yang kamu pegang?". Jawabnya, "Ya". Lalu Nabi SAW bersabda, "Ya itulah halnya".

Ayat ini mengandungi dasar bahawa segala persoalan agama seperti ibadah, penetapan halal dan haram, hanyalah dibenarkan semata-mata berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW iaitu seorang manusia yang bersih daripada sebarang dosa.
SEMBELIHAN - Mampukah TGHH menelan masakkan dari "SEMBELIHAN" Paderi ini?
Ini kerana seseorang yang mengambil dasar agamanya di luar daripada sabda Rasulullah SAW bererti menyekutukan Allah daripada aspek sifat Rububiyyah dan menyimpang daripada petunjuk al-Quran.

Iktibar dan  Surah Ali-Imran ayat 64.

1. Ibn Kathir berkata: "Ayat ini adalah umum kepada ahli Kitab sama ada Yahudi atau Nasrani dan yang mengikut jejak langkah mereka".

2.Al-Qurtubi berkata: "Mereka iaitu golongan Yahudi, atau ahli Kitab ditujukan ucapan ini kerana menjadikan paderi-paderi mereka dalam ketaatan sama seperti tuhan-tuhan".

3. Al-Maraghi berkata: "Ayat ini mengandungi kenyataan tentang keesaan Allah SWT dengan firman-Nya: "Bahawa tiada yang berhak kita sembah melainkan Allah."

Kenyataan keesaan dalam sifat Rububiyyah dengan firman-Nya: "Dan tiada seorang pun daripada kita mengangkat yang lain menjadi Tuhan, selain daripada Allah."

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis Nabi SAW di atas yang diriwayatkan 'Adiy Ibn Hatim  jelaslah kepada kita bahawa sesiapa yang mengambil hukum-hukum selain hukum Allah SWT iaitu hukum ciptaan manusia maka mereka telah menjadikan manusia itu sebagai tuhan-tuhan selain Allah SWT. Sebagaimana orang Yahudi dan Nasrani yang telah mengambil hukum-hukum yang diubahsuai oleh pendita atau paderi-paderi mereka dan meninggalkan kitab Taurat dan Injil yang asal.

Bukankah ini ayat seruan untuk ahli-ahli kitab menggunakan kalimah Allah untuk tunduk dan sujud kepada Tuha Yang Esa, Allah Taala. Bukannya ayat menghalalkan penggunaan kalimah Allah untuk sujud dan sembah kepada Tiga Tuhan (Trinity)

 





AMUKANMELAYU - Hanya nafsu dunia yang mengusai pemikiran hampir kesemua Ahli Politik Islamelayu.